lalalala

ENTER

Thursday, January 24, 2013

sesungguhnya kita menghina diri kita sendiri..

wahai wanita diluar sana...
sesungguhnya Allah telah memberikan kepada mu seindah indah ciptaan..
bertambah indah jikalau keindahan itu di semai dengan kepatuhan kepada Yang Esa.
janganlah kamu gadaikan keindahan itu hanya semata mata untuk menarik semua lelaki.
janganlah digadaikan hartamu yang agung itu semata mata untuk kepuasan nafsu adam.
janganlah lalai dengan godaan syaitan yang sudah bersumpah akan menyesatkan kita.
tidak berasa hina dicaci dimaki?
tidak berasa bersalahkah melanggar perintah-Nya?
tidak berasa hinakah keindahan anda hilang?
mari berfikir sejanak.
mungkin kita telah hanyut dilautan dosa?
tiada arah tuju kemana hendak meminta?
tiada seorang lelaki pun akan menolong kamu ketika di akhirat.
lelaki lelaki yang anda begitu sayang sehingga semuanya anda berikan.
tapi akhirnya anda ditinggalkan?
menanggung semua malu?
menangis meraung?
merintih meminta dikembalikan masa silam anda?
berbaloikan semua itu?
satu hari nanti pasti ajal menyambut kamu...
disaat kamu punyai sedikit nafas... di situ kamu mula terfikir...
siapa kamu..
siapa tuhan kamu...
siapa selama ini kamu sanjung..?
lelaki lelaki rupawan kamu itukah!
sehingga kamu lalai tujuan kamu hidup dimuka bumi..
sehingga kamu lupa tanggungjawab kamu terhadap agama kamu...
sehingga kamu gadaikan segala galanya....
demi lelaki..
di situ baru kamu tahu...kamu sedar kelakuan kamu semasa sihat didunia..
berapa banyak kamu mengumpul dosa berpakaian seksi semata mata untuk kepuasan pasangan tidak sah kamu itu?
tidakkah itu sia sia?
tidak rasa bodoh kah?
umpama memberi emas kepada orang kaya...
kita ni miskin dengan pahala..kaya dengan dosa..
sudahlah kita miskin? tapi berikan satu satu nya penyelamat kita diakhirat kelak?
harga diri itu tinggi..
berbaloi ditunjukkan kepada yang berhak..
bertaubatlah jika masih ada masa..
menyesallah selagi ada nyawa..
berdoalah jika kamu sedar..
sesungguhnya kita menghina diri kita sendiri..
ajal kita tidak menunggu taubat kita..
wanita senang masuk syurga..tapi ramai ke neraka..