lalalala

ENTER

Saturday, January 26, 2013

Satu masa kita boleh membezakan apa itu cinta…. Apa itu suka….


mungkin kita tidak sedar kesalahan kita..
yang kita sedar hanya kebaikan kita..
bila sesuatu kesalahan besar kita lakukan..
lantas kita abaikan..
tapi bila sesuatu kebaikan walaupun sekecil pasir pasir dipantai kelangit kita sanjungnya..
itu lah manusia..
bila sedar sesuatu yang merugikan diri sendiri..
baru lah kita menyesal...
menangis meraung meminta ampun..

tapi kita tidak sedar...
kita hanya bergantung kepada-Nya ketika susah sahaja...
bila kita senang Dia dilupakan...
kita lalai dengan nikmat yang Dia beri kepada kita..
kita lalai dengan semuanya!
semuanya terabai!
solat kita!
puasa kita!
bila kesenangan menghanyutkan kita,
riak kita..
takbur kita..
sum’ah kita…
semuanya menguasai kita!
kita lupa siapa yang memberikan kesenangan tersebut…
kita tidak sedar Allah sedang menguji kita….
sejauh mana kita mengharap..
sejauh mana kita menyerah..
sejauh mana kita bersyukur terhadapnya….
Bersyukurlah jika Allah memberi nikmat kepada kita..
Ucaplah Alhamdulillah..
Ia akan membuatkan kita tidak lupa kepada-Nya…
Sampailah suatu masa Allah Tarik nikmat itu…
Kamu mula berasa marah!
kamu salahkan Tuhan kamu sendiri!
maka kamu tergolong dikalangan manusia manusia yang tidak bersyukur….
Bila Allah tidak jodohkan dengan insan pilihan mu…
Kamu mula hilang harapan..
Resah gelisah…
Kamu merintih dan mula mempersoalkan urusan Allah…
Kamu mula terfikir kenapa terjadi kepada kamu..
Kamu mula terfikir kenapa Allah tidak jodohkan kamu dengan nya….
Begitulah apa yang terjadi kepada aku dahulu…
Aku mula terpesong bila persoalkan tentang perempuan…
“aku nak dia! Aku nak dia! Aku nak dia!”
“tapi kenapa Allah temukan dia dengan orang lain?”
“kenapa bukan aku”
aku mula pasrah…
Aku mula sedar aku telah mempersoalkan ketentuan-Nya…
Aku mula persoalkan Qadaq Qadar aku..
Aku Menyesal lalu meminta pertolongan Allah…
Alhamdulillah aku mendapat tahu dia bukan lah seperti yang aku mahukan…
Talam bermuka dua kah dia?
segala teguran aku…segala nasihat aku semua dia abaikan…
Perempuan seperti itukah impian aku?
lalu aku bertemu dengan seorang insan yang telah banyak mengubah jalan hidup ku selama ini….
Jalan ku cerah disuluhi cahaya cahaya yang dia berikan kepadaku…
Alhamdulillah aku tidak meraba raba lagi mencari arah tuju..
Zaman aku dulu tidak lagi terkenang…
Tapi aku tidak bersyukur…
Setelah ditemukan dengan dia..
Aku liar mencari yang lain..
Aku tidak puas…
sedangkan aku dan dia cukup selesa bersama....
Jalan aku mula bengkang bengkok…
Cahaya yang selama ini mengiringku..
Mula malap…
Hilang dalam kegelapan…
Aku terus hanyut dalam lautan kegelapan tersebut…
Aku tidak mencari kembali cahaya yang selama ini membimbingku…
Cahaya yang mengajar aku apa itu ikhlas….
Cahaya yang mengajar aku apa itu jujur…
Setelah lama aku terdampar ditepi pantai hitam…
Aku mula mencari nya kembali…
gugur semua air mata aku pabila dia sanggup menerimaku lagi…
Ya Allah ujiankah semua ini?
kenapa aku mencari yang lain sedangkan bintang yang menyinari malam malam aku berada betul betul didepan mataku..?
dia menunggu ku!
"bodohnya aku dahulu…"
Mencari yang cacat hatinya…sedangkan yang sempurna menunggu?
berderai air mataku memikirkannya…
Teringat satu masa dahulu aku tidak berdaya lagi bermain cinta…
Hati ku cukup lali dengan kekecewaan..
Aku mula mencari Allah…
Menangis meraung berdoa kepada-Nya supaya dikuatkan hati ku…
Rebah aku didepan sajadah…
Aku kembali sebagai seorang yang kuat…
Kekecewaan itu bukan lagi mainan ku…
Kembali memburu cahaya ku yang satu itu..
Dialah yang terbaik bagi ku…
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui…
Allah itu agung…
Dialah perancang yang paling baik…
Satu masa nanti kita akan sedar kenapa Allah buat sesuatu diluar jangkaan kita…
Satu masa nanti kita akan tahu betapa Agungnya Allah…
Satu masa nanti kita akan boleh membezakan apa itu cinta…. Apa itu suka….